Blogger Backgrounds

Wednesday, October 19, 2011

Karma


Apa maksud karma sebenarnya? Apa benda karma tu? Boleh ke kita percaya pada hukum karma ni? 

Perkataan karma itu sendiri merupakan satu perkataan dari agama Buddha yang menjelaskan tindakan atau perilaku kita baik dari segi perbuatan, pemikiran mahupun ucapan dengan niat baik atau buruk pasti akan menerima balasannya kelak. 

Karma jika diperluaskan penggunaannya merupakan suatu kejadian di mana setiap perbuatan kita yang bertujuan baik mahupun jahat akan beroleh hasil yang setimpal dengan apa yang dibuat. Senang cerita, "buat baik di balas baik, buat jahat di balas jahat". Ada pula mengatakan wujudnya hukum karma dalam kehidupan manusia. Dari mana datangnya hukum ini? Adakah ia satu hukum ciptaan manusia atau sebaliknya?Bagi aku, karma dalam kehidupan muslim seperti aku hanyalah satu perkataan yang dipinjam atau dicedok dari sumber lain yang menerangkan maksud yang sama iaitu setiap perbuatan kita di muka bumi Allah ini akan mendapat balasan yang setimpal dengannya. 


Karma ini ada kaitan dengan cerita yang aku nak sampaikan..Dulu si A bercinta dengan si B..Semua tengok mereka ni sgt loving couple..Macam-macam si B buat untuk tambat hati A..Bila A terpaksa kerja jauh,tiba-tiba B  terjumpa C..Disebabkan jarak yang jauh,B tinggalkan A untuk bersama C..B tinggalkan A tanpa A buat salah apa-apa..A frust sampai 1 bulan tak lalu makan hingga jatuh sakit..Si B bahagia dengan C..Tapi hukum karma memang kita tak boleh lari..Selepas 1 tahun B bercinta dengan C,tiba-tiba C tinggalkan B, sama seperti B tinggalkan A dulu..Kini B rasa la apa yang A rasa dulu bila sakitnya ditinggalkan tanpa sebab...A hidup bahagia bersama pasangan barunya manakala B menderita..


Kesimpulannya jangan kita buat jahat dengan orang yang baik dengan kita..Kelak kita pasti akan rasa sakitnya balik..Itulah hukum karma yang kita tak boleh lari...





0 comments: